Tuesday, August 16, 2016

HEI I'M BACK!

  Let's me start again..haha dah bersarang blog ni rupanya.byk 🐜🐜🐜 (cari lelabah tak jumpa 😂 . Okay nk cerita apa ni? Tahu menaip je kan.haiyaa.. banyak betul benda berubah sekarang. Memandangkan hari ni penat so takpelah esok2 kita cerita lg okeh..
Nah ada pesanan.
P/s 
Ha lupa, hai awak yg tgh baca tu! Stalk apa ha.haha mohon leave ur comment tau after stalked tu 😏

Thursday, May 8, 2014

tips menabung


Haa korang! Nampak kan bendalah kat atas ni. Wang,Duit,pitih,fulus,money or whatever yang uolls panggil, ia tetap membawa satu maksid yang sama. Haha kan dah typo,pembetulan “maksud” ye..Okay jadi apa kaitan dengannya? Kaitannya, hari tu sara ada kumpul duit.banyak jugak kot.. kononnya berangan nak kawen..bhaha..padahal lambat lagi. Dan punyalah nekad nak kumpul sampai sara amik tape banyak2 then pergi balut tabung tu. Teruk betul..

Dannnn… sampailah satu tahap tetiba sara pokai.haha biasalah student kan. Tetiba TERgunalah duit tu.boleh ter pulak.  dah malas nak kumpul.terus guna duit tu..haha.. 

tapi nanti sara rasa nak kumpul balik untuk masa depan kan..then nak cari tabung..sara dah lama cari tabung ni 

Korang tau tak mana nak cari tabung ni? nak yg besar..kalau tabung ni confirm sara takkan amik duit kt sini..haha mcm boleh caye je.


Tapi kalau dapat yang mcm budak ni pun okay jugak..haha..

apa2 pun nak kena menabung! yeahh..boleh kawen lepas ni..3 or 4 tahun lagi..bhahaha..gatal kan..







Thursday, March 20, 2014


FROM http://warisannwizurai.blogspot.com/
Huh..memang perit bilamana kenaikan harga barang sukar sekali untuk dibendung. Jika kenaikan kos sara hidup ini membebankan rakyat malaysia yang bekerja apetah lagi bagi pelajar universiti. Sudah tentu kesan kenaikan barang ini amat meresahkan golongan-golongan ini. Memang betul sukar kita hendak menyelesaikan dan menangani kenaikan kos hidup, tetapi apa yang pelajar-pelajar boleh buat adalah mengubah gaya hidup mengikut perubahan ekonomi negara. Di sini dikongsikan antara tips-tips yang boleh diambil oleh para pelajar:


1. GUNAKAN KAD PELAJAR ANDA
 

kad pelajar merupakan senjata yang paling penting dan amat berguna dalam usaha anda untuk menyimpan wang. Dengan kad pelajar, anda boleh gunakan untuk membeli makanan, membeli buku, menaiki pengangkutan awam seperti LRT hatta untuk berhibur seperti menonton wayang dan bermain boling. Jadi sebagai pelajar universiti, sentiasa bawa kad pelajar anda. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang anda boleh dapat. Nak-nak sekarang ni dah ade kad siswa 1 Malaysia.Siapa kata jadi pelajar universiti tak boleh nak berhibur? kalau kena gayanya banyak manfaat boleh dapat tau.


2. MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PEMBELAJARAN


haa..bab ni kegemaran aku masa studi kat universiti dulu. Aku boleh jimat hampir 70% untuk buku dan nota rujukan. Al maklum lah harga buku rujukan kat universiti ni rata-rata RM 50 dan ke atas. Itu untuk satu subjek. Aku dulu mostly satu semester 18 jam kredit. Maksudnya ade 6 subjek yang aku amik setiap semester. RM 50 x 6 berapa? tak pokai aku dibuatn ya.. So photostalah buku-buku rujuan tuh. dapatlah separuh harga. So daripada RM 300 aku hanya belanja RM 120  je untuk buku-buku rujukan. Tapi pandai-pandai la ye. Jangan sampai kantoi dengan lecturer pulak. Kadang-kadang,  lagi kurang kos untuk buku rujukan sebab aku pinjam je dengan senior2. So, buat baiklah dengan mereka ye..hu.hu. Kalau nak jimatkan ink printer pulak, aku buat nota aku kecik-kecik supaya jimat page time nak print. Ink catridge pulak aku beli masa ade pc fair. Dapatlah murah daripada harga biasa.

3. JIMATKAN KREDIT TELEFON ANDA

 
Telefon memang penting la. Nak call emak ayah kat kampung, lecturer dan makwe pakwe. Pelajar-pelajar universiti sekarang ni untung. Dulu memang payah nak jimat kredit telefon ni. paling kurang pun guna public phone. Dapat murahlah sikit..Sekarang ni memang kompom boleh jimat. Korang guna la internet untuk buat panggilan.Banyak dah sekarang software yang provide call free macam skype, wechat. Tak pun untuk korang yang bercouple tu, korang chat je..jimat tau. Pahala pun boleh dapat sebab kurangkan bercakap. suara perempuan ni aurat tau.he.he

4. GUNA PENGANGKUTAN AWAM
 


Ini paling penting..kalau harga makanan naik, kita boleh kawal lagi macam masak sendiri kat rumah sewa. Tapi bab harga minyak naik ni memang menangis beb. Aku yang dah kerja ni pun naik LRT je. Keta aku, parking cantik2 kat rumah. Terasa tau bila harga minyak naik. Naik 20 sen start bulan september 2013 tempoh hari memang aku rasa upset tau. Umpanya,  kalau dulu isi minyak RM 10, naik la satu jarum kat meter tuh. Sekarang ni isi RM 13 baru naik satu jarum.Tengok betapa besarnya perbezaanya. So sebagai pelajar, gunakanlah pengangkutan awam ye. Kalau rasa destinasi yang nak ditujui tu dekat, jalan kaki je bro..Duit jimat badan pun mantap. Kalau boleh kurangkan perjalanan yang tak perlu. Andai nak juga guna motorsikal. Cari yang jimat minyak seperti skuter ke..enjin 4 lejang ke..

5. ELAK BELI TELEFON MAHAL


Sekarang ni telefon pintar memang panas kat pasaran. Setiap hari ade je model baru yang keluar. Harga pun boleh tahan jugak. Kebanyakkanya RM 1000 keatas. Sebagai pelajar, kalau boleh tahan la nafsu berbelanja korang ni. Memang rambang mata tengok macam-macam jenis telefon yang ade kat pasaran. Berbulu je mata bila tengok orang lain beli. Tapi  korang masih boleh pakai telefon pintar yang harga dalam RM 500 je tau. Cari la telefon pintar yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal. Ala, android ni pusing-pusing situ jugak software dia. Yang bezakan jenama telefon tu je..Haaa..gambar kat atas ni, telefon yang aku guna. Aku promote sikit la..Aku guna jenama Ninetology, keluaran syarikat Malaysia(yang tengah tu RM 590 je aku beli). Mantap la aplikasi dia..Berbaloi dengan harga yang aku bayar.
 

Inilah serba sedikit tips berjimat untuk pelajar univeristi yang boleh aku kongsikan. So..pelajar-pelajar universiti sekalian, kenaikan harga barang dan kos hidup ni memang perit. Tapi kita masih boleh gembirakan diri kita sebagai remaja  dengan menyesuaikan gaya hidup mengikut kemampuan diri dan situasi ekonomi semasa. PILIHAN DI TANGAN ANDA. JADILAH PELAJAR YANG BIJAK!


Sunday, October 27, 2013

Hargai orang yang tersayang




Kenapa ye bila 2insan saling menyayangi mesti kadang-kadang ada di antara mereka yang tak reti nak hargai orang tu.Dekat depan,dialah segala-galanya.tapi dekat belakang, dialah hantu.
Dan kadang-kadang yang sorang tu je beria-ria nak dekat orang tu. Haishh paling tarak guna,bila yang perempuan tu setia tahap gaban.tapi lelaki tu,keluar dengan kawan-kawan perempuan dia tak apa pulak.bila si minah ni buat,tahu pulak kecoh kan..
Astaghfirullahalazim..mintak-mintaklah sara dijauhkan dari benda-benda tak guna macam tu.haha.
To all muslim: jauhkanlah perkara yang buruk.yang dah tua tu,kalau dah suka sangat cepat-cepatlah risik. Jangan lambat sangat,perempuan ni kalau dah fade up dia tinggalkan je..ustaz cakap,jangan duk pikir pasal tak ada rumah so takboleh kahwin.eh jangan,nak kahwin-kahwin jelah.haha (aku pulak yang lebih-lebih)

Monday, October 21, 2013

Allah Maha Besar


Ujian-Mu begitu besar Ya Allah. 
Ya Allah,peliharalah aku Ya Allah. Aku mahu menjadi hambaMu yang selalu mengingatiMu..kuat pegangan hidupnya.Ya Allah kukuhkanlah iman dalam hatiku. Hindarilah aku dari perkara-perkara yang boleh merosakkan diriku Ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yang sangat lemah. Aku malu untuk meminta sesuatu dariMu Ya Allah, dengan tahap keimanan aku yang masih belum begitu kukuh,aku malu. Malu dengan diriku,betapa sucinya ibu bapaku. Aku mahu jadi seperti mereka Ya Allah. Selalu mengingatimu walau di mana mereka berada.
Ya Allah,ampunilah hambaMu yang lalai ini. Bukakanlah hatiku untuk menerima ajaranMu dengan lebih kuat.berikanlah aku yang terbaik untuk menjadi umatMu yang bertaqwa.

Muhasabah Diri

Awal pagi tulis bendalah ni.hehe. Just want to share something yang sangat berharga dalam hidup.. Sometime sara rasa sangat down bila study dekat sini..terlalu down. Bila down, sara akan call mak abah..sara akan ceritakan perasaan sara bila duduk sini dekat mak..then mak pun bagi kata2 semangat dekat sara..
Allahuakbar! Hanya Allah yang tahu betapa besar ujian yang Dia bagi. Life kat sini ada yang sosial,sara takboleh go.. Sumpah terasa sangat berdosa bila sara buat sesuatu benda yg ringan di mata org,benda yg akan mengubah life sara..
Mak bagi nasihat,
1) dik,dekat mana pun kita ada jaga diri.jaga maruah..ingat,kau tu anak imam.
2) dik,kuatkan semangat. Ingat semua ni ujian dari Allah. InshaAllah kita mesti boleh lalui.
3) jangan ikut orang.jadi diri sendiri.kita tetap diri kita.
4) jaga solat dik.jangan pernah tinggal dan jangan lambat2kan.buat solat sunat.
5) dik,belajar betul2.mak tahu kau boleh,inshaAllah.apa yang penting ingat Allah.

Subhanallah Kuasa Dia! Sara terus dapat semangat lepas call mak. Terus ada balik kesedaran..
Now baru sara tau kenapa Allah hantar sara ke uitm machang ni.jauh dari family.. Maybe Dia nak bagi sara pengajaran supaya lebih menghargai family,syg mak abah,jadi anak yang lebih baik, berdikari.. Ya! Dia mempunyai segala perancangan. Perancangan-Nya terlalu hebat. Kita tidak tahu apa yang tersirat di sebalik semua ini,Allahuakbar!

Tuesday, April 9, 2013

INTREND (high Heels)

 orait babeh..Hari ni sara nak story mori lah pasal SHOES or HIGH HEELS . apa yang korang tahu pasal HEELS ni? tak tahu? eh bohonglah kan kalau tak tahu.
wOKEYH! in this case, korang mesti perasan kan style and design heels tu. zaman sekarang semuanya dah canggih, macam-macam design muncul. cuma terpulang pada kita nak pilih yang mana..
Pilihan tu mestilah mengikut citarasa kan. 
whoa! hahaha.. see, smart kan? cuba korang tutup bahagian heels tu guna tapak tangan.then korang tengoklah apa yang korang nampak?haha.nampakkan? seriously smart and awesome lah design dia..korang nak bawak pergi JOGGING pun boleh jugak.tapi kalau jatuh terpelecok jangan salahkan sara pulak.haha..

haaa yang ni lagi satu! eh! dah siap ke heels ni?haha.. seramlah design dia..dan orang yang pilih design ni memang betul2 AWESOME.kenapa? tengoklah design dia.. 
tiba-tiba teringat pulak dekat LADY GAGA.hahaha.ramma ramamaa...

OKAY NEXT

HOLLA! eh ini bukan shoes untuk football ke? hahaha. smart giler beb design dia.. sara rasa orang lelaki pun nak pakai macam ni lepas ni kan.oppss! suka jugak yang ni. gojes nyah! 
ini kasut bawak kat padang bola,then tendang bola confirm menanglah korang! haha.

YEAH! and the last one is,



TARAAA! sara suka yang ni sebab brand dia.. LV or LOUIS VUITTON
serius suka brand je.design? haha NO!! 

so, as a conclusion mana satu yang korang suka?haha design ni semua cantik2.awesome! sara suka sangat heels..makin tinggi,makin suka.haha..sara takde r pendek sangat.only 159 je! 
ohh kira pendek erk?ok malu =,=
haha okaylah cukup untuk entries hari ini.SELAMAT MENIDURKAN DIRI ANDA..
tatatatatata...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SHOUTBOX CODE
Cute Polka Dotted Grey Bow Tie Ribbon

Click Here

Ala..tak suka ke blog ni? takpelah kalau tak suka tekan kat sini yea? oklah..huhu~