Sunday, October 27, 2013

Hargai orang yang tersayang




Kenapa ye bila 2insan saling menyayangi mesti kadang-kadang ada di antara mereka yang tak reti nak hargai orang tu.Dekat depan,dialah segala-galanya.tapi dekat belakang, dialah hantu.
Dan kadang-kadang yang sorang tu je beria-ria nak dekat orang tu. Haishh paling tarak guna,bila yang perempuan tu setia tahap gaban.tapi lelaki tu,keluar dengan kawan-kawan perempuan dia tak apa pulak.bila si minah ni buat,tahu pulak kecoh kan..
Astaghfirullahalazim..mintak-mintaklah sara dijauhkan dari benda-benda tak guna macam tu.haha.
To all muslim: jauhkanlah perkara yang buruk.yang dah tua tu,kalau dah suka sangat cepat-cepatlah risik. Jangan lambat sangat,perempuan ni kalau dah fade up dia tinggalkan je..ustaz cakap,jangan duk pikir pasal tak ada rumah so takboleh kahwin.eh jangan,nak kahwin-kahwin jelah.haha (aku pulak yang lebih-lebih)

Monday, October 21, 2013

Allah Maha Besar


Ujian-Mu begitu besar Ya Allah. 
Ya Allah,peliharalah aku Ya Allah. Aku mahu menjadi hambaMu yang selalu mengingatiMu..kuat pegangan hidupnya.Ya Allah kukuhkanlah iman dalam hatiku. Hindarilah aku dari perkara-perkara yang boleh merosakkan diriku Ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yang sangat lemah. Aku malu untuk meminta sesuatu dariMu Ya Allah, dengan tahap keimanan aku yang masih belum begitu kukuh,aku malu. Malu dengan diriku,betapa sucinya ibu bapaku. Aku mahu jadi seperti mereka Ya Allah. Selalu mengingatimu walau di mana mereka berada.
Ya Allah,ampunilah hambaMu yang lalai ini. Bukakanlah hatiku untuk menerima ajaranMu dengan lebih kuat.berikanlah aku yang terbaik untuk menjadi umatMu yang bertaqwa.

Muhasabah Diri

Awal pagi tulis bendalah ni.hehe. Just want to share something yang sangat berharga dalam hidup.. Sometime sara rasa sangat down bila study dekat sini..terlalu down. Bila down, sara akan call mak abah..sara akan ceritakan perasaan sara bila duduk sini dekat mak..then mak pun bagi kata2 semangat dekat sara..
Allahuakbar! Hanya Allah yang tahu betapa besar ujian yang Dia bagi. Life kat sini ada yang sosial,sara takboleh go.. Sumpah terasa sangat berdosa bila sara buat sesuatu benda yg ringan di mata org,benda yg akan mengubah life sara..
Mak bagi nasihat,
1) dik,dekat mana pun kita ada jaga diri.jaga maruah..ingat,kau tu anak imam.
2) dik,kuatkan semangat. Ingat semua ni ujian dari Allah. InshaAllah kita mesti boleh lalui.
3) jangan ikut orang.jadi diri sendiri.kita tetap diri kita.
4) jaga solat dik.jangan pernah tinggal dan jangan lambat2kan.buat solat sunat.
5) dik,belajar betul2.mak tahu kau boleh,inshaAllah.apa yang penting ingat Allah.

Subhanallah Kuasa Dia! Sara terus dapat semangat lepas call mak. Terus ada balik kesedaran..
Now baru sara tau kenapa Allah hantar sara ke uitm machang ni.jauh dari family.. Maybe Dia nak bagi sara pengajaran supaya lebih menghargai family,syg mak abah,jadi anak yang lebih baik, berdikari.. Ya! Dia mempunyai segala perancangan. Perancangan-Nya terlalu hebat. Kita tidak tahu apa yang tersirat di sebalik semua ini,Allahuakbar!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SHOUTBOX CODE
Cute Polka Dotted Grey Bow Tie Ribbon

Click Here

Ala..tak suka ke blog ni? takpelah kalau tak suka tekan kat sini yea? oklah..huhu~