FROM http://warisannwizurai.blogspot.com/
Huh..memang perit bilamana kenaikan harga barang sukar sekali
untuk dibendung. Jika kenaikan kos sara hidup ini membebankan rakyat malaysia
yang bekerja apetah lagi bagi pelajar universiti. Sudah tentu kesan kenaikan
barang ini amat meresahkan golongan-golongan ini. Memang betul sukar kita
hendak menyelesaikan dan menangani kenaikan kos hidup, tetapi apa yang pelajar-pelajar
boleh buat adalah mengubah gaya hidup mengikut perubahan ekonomi negara. Di
sini dikongsikan antara tips-tips yang boleh diambil oleh para pelajar:
1. GUNAKAN KAD PELAJAR ANDA
kad pelajar merupakan senjata yang paling penting dan amat
berguna dalam usaha anda untuk menyimpan wang. Dengan kad pelajar, anda boleh
gunakan untuk membeli makanan, membeli buku, menaiki pengangkutan awam seperti
LRT hatta untuk berhibur seperti menonton wayang dan bermain boling. Jadi
sebagai pelajar universiti, sentiasa bawa kad pelajar anda. Bayangkan berapa
banyak penjimatan yang anda boleh dapat. Nak-nak sekarang ni dah ade kad siswa
1 Malaysia.Siapa kata jadi pelajar universiti tak boleh nak berhibur? kalau
kena gayanya banyak manfaat boleh dapat tau.
2. MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PEMBELAJARAN
haa..bab ni kegemaran aku masa studi kat universiti dulu. Aku
boleh jimat hampir 70% untuk buku dan nota rujukan. Al maklum lah harga buku
rujukan kat universiti ni rata-rata RM 50 dan ke atas. Itu untuk satu subjek.
Aku dulu mostly satu semester 18 jam kredit. Maksudnya ade 6 subjek yang aku
amik setiap semester. RM 50 x 6 berapa? tak pokai aku dibuatn ya.. So
photostalah buku-buku rujuan tuh. dapatlah separuh harga. So daripada RM 300
aku hanya belanja RM 120 je untuk buku-buku rujukan. Tapi pandai-pandai la
ye. Jangan sampai kantoi dengan lecturer pulak. Kadang-kadang, lagi
kurang kos untuk buku rujukan sebab aku pinjam je dengan senior2. So, buat
baiklah dengan mereka ye..hu.hu. Kalau nak jimatkan ink printer pulak, aku buat
nota aku kecik-kecik supaya jimat page time nak print. Ink catridge pulak aku
beli masa ade pc fair. Dapatlah murah daripada harga biasa.
3. JIMATKAN KREDIT TELEFON ANDA
Telefon memang penting la. Nak call emak ayah kat kampung,
lecturer dan makwe pakwe. Pelajar-pelajar universiti sekarang ni untung. Dulu
memang payah nak jimat kredit telefon ni. paling kurang pun guna public phone.
Dapat murahlah sikit..Sekarang ni memang kompom boleh jimat. Korang guna la
internet untuk buat panggilan.Banyak dah sekarang software yang provide call
free macam skype, wechat. Tak pun untuk korang yang bercouple tu, korang chat
je..jimat tau. Pahala pun boleh dapat sebab kurangkan bercakap. suara perempuan
ni aurat tau.he.he
4. GUNA PENGANGKUTAN AWAM
Ini paling penting..kalau harga makanan naik, kita boleh kawal
lagi macam masak sendiri kat rumah sewa. Tapi bab harga minyak naik ni memang
menangis beb. Aku yang dah kerja ni pun naik LRT je. Keta aku, parking cantik2
kat rumah. Terasa tau bila harga minyak naik. Naik 20 sen start bulan september
2013 tempoh hari memang aku rasa upset tau. Umpanya, kalau dulu isi
minyak RM 10, naik la satu jarum kat meter tuh. Sekarang ni isi RM 13 baru naik
satu jarum.Tengok betapa besarnya perbezaanya. So sebagai pelajar, gunakanlah
pengangkutan awam ye. Kalau rasa destinasi yang nak ditujui tu dekat, jalan
kaki je bro..Duit jimat badan pun mantap. Kalau boleh kurangkan perjalanan yang
tak perlu. Andai nak juga guna motorsikal. Cari yang jimat minyak seperti
skuter ke..enjin 4 lejang ke..
5. ELAK BELI TELEFON MAHAL
Sekarang ni telefon pintar memang panas kat pasaran. Setiap hari
ade je model baru yang keluar. Harga pun boleh tahan jugak. Kebanyakkanya RM
1000 keatas. Sebagai pelajar, kalau boleh tahan la nafsu berbelanja korang ni.
Memang rambang mata tengok macam-macam jenis telefon yang ade kat pasaran.
Berbulu je mata bila tengok orang lain beli. Tapi korang masih boleh
pakai telefon pintar yang harga dalam RM 500 je tau. Cari la telefon pintar
yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal.
Ala, android ni pusing-pusing situ jugak software dia. Yang bezakan jenama
telefon tu je..Haaa..gambar kat atas ni, telefon yang aku guna. Aku promote
sikit la..Aku guna jenama Ninetology, keluaran syarikat Malaysia(yang tengah tu
RM 590 je aku beli). Mantap la aplikasi dia..Berbaloi dengan harga yang aku
bayar.
Inilah serba sedikit tips berjimat untuk pelajar univeristi yang
boleh aku kongsikan. So..pelajar-pelajar universiti sekalian, kenaikan harga
barang dan kos hidup ni memang perit. Tapi kita masih boleh gembirakan diri
kita sebagai remaja dengan menyesuaikan gaya hidup mengikut kemampuan
diri dan situasi ekonomi semasa. PILIHAN DI TANGAN ANDA. JADILAH PELAJAR YANG BIJAK!
No comments:
Post a Comment