Sunday, October 27, 2013

Hargai orang yang tersayang




Kenapa ye bila 2insan saling menyayangi mesti kadang-kadang ada di antara mereka yang tak reti nak hargai orang tu.Dekat depan,dialah segala-galanya.tapi dekat belakang, dialah hantu.
Dan kadang-kadang yang sorang tu je beria-ria nak dekat orang tu. Haishh paling tarak guna,bila yang perempuan tu setia tahap gaban.tapi lelaki tu,keluar dengan kawan-kawan perempuan dia tak apa pulak.bila si minah ni buat,tahu pulak kecoh kan..
Astaghfirullahalazim..mintak-mintaklah sara dijauhkan dari benda-benda tak guna macam tu.haha.
To all muslim: jauhkanlah perkara yang buruk.yang dah tua tu,kalau dah suka sangat cepat-cepatlah risik. Jangan lambat sangat,perempuan ni kalau dah fade up dia tinggalkan je..ustaz cakap,jangan duk pikir pasal tak ada rumah so takboleh kahwin.eh jangan,nak kahwin-kahwin jelah.haha (aku pulak yang lebih-lebih)

Monday, October 21, 2013

Allah Maha Besar


Ujian-Mu begitu besar Ya Allah. 
Ya Allah,peliharalah aku Ya Allah. Aku mahu menjadi hambaMu yang selalu mengingatiMu..kuat pegangan hidupnya.Ya Allah kukuhkanlah iman dalam hatiku. Hindarilah aku dari perkara-perkara yang boleh merosakkan diriku Ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yang sangat lemah. Aku malu untuk meminta sesuatu dariMu Ya Allah, dengan tahap keimanan aku yang masih belum begitu kukuh,aku malu. Malu dengan diriku,betapa sucinya ibu bapaku. Aku mahu jadi seperti mereka Ya Allah. Selalu mengingatimu walau di mana mereka berada.
Ya Allah,ampunilah hambaMu yang lalai ini. Bukakanlah hatiku untuk menerima ajaranMu dengan lebih kuat.berikanlah aku yang terbaik untuk menjadi umatMu yang bertaqwa.

Muhasabah Diri

Awal pagi tulis bendalah ni.hehe. Just want to share something yang sangat berharga dalam hidup.. Sometime sara rasa sangat down bila study dekat sini..terlalu down. Bila down, sara akan call mak abah..sara akan ceritakan perasaan sara bila duduk sini dekat mak..then mak pun bagi kata2 semangat dekat sara..
Allahuakbar! Hanya Allah yang tahu betapa besar ujian yang Dia bagi. Life kat sini ada yang sosial,sara takboleh go.. Sumpah terasa sangat berdosa bila sara buat sesuatu benda yg ringan di mata org,benda yg akan mengubah life sara..
Mak bagi nasihat,
1) dik,dekat mana pun kita ada jaga diri.jaga maruah..ingat,kau tu anak imam.
2) dik,kuatkan semangat. Ingat semua ni ujian dari Allah. InshaAllah kita mesti boleh lalui.
3) jangan ikut orang.jadi diri sendiri.kita tetap diri kita.
4) jaga solat dik.jangan pernah tinggal dan jangan lambat2kan.buat solat sunat.
5) dik,belajar betul2.mak tahu kau boleh,inshaAllah.apa yang penting ingat Allah.

Subhanallah Kuasa Dia! Sara terus dapat semangat lepas call mak. Terus ada balik kesedaran..
Now baru sara tau kenapa Allah hantar sara ke uitm machang ni.jauh dari family.. Maybe Dia nak bagi sara pengajaran supaya lebih menghargai family,syg mak abah,jadi anak yang lebih baik, berdikari.. Ya! Dia mempunyai segala perancangan. Perancangan-Nya terlalu hebat. Kita tidak tahu apa yang tersirat di sebalik semua ini,Allahuakbar!

Tuesday, April 9, 2013

INTREND (high Heels)

 orait babeh..Hari ni sara nak story mori lah pasal SHOES or HIGH HEELS . apa yang korang tahu pasal HEELS ni? tak tahu? eh bohonglah kan kalau tak tahu.
wOKEYH! in this case, korang mesti perasan kan style and design heels tu. zaman sekarang semuanya dah canggih, macam-macam design muncul. cuma terpulang pada kita nak pilih yang mana..
Pilihan tu mestilah mengikut citarasa kan. 
whoa! hahaha.. see, smart kan? cuba korang tutup bahagian heels tu guna tapak tangan.then korang tengoklah apa yang korang nampak?haha.nampakkan? seriously smart and awesome lah design dia..korang nak bawak pergi JOGGING pun boleh jugak.tapi kalau jatuh terpelecok jangan salahkan sara pulak.haha..

haaa yang ni lagi satu! eh! dah siap ke heels ni?haha.. seramlah design dia..dan orang yang pilih design ni memang betul2 AWESOME.kenapa? tengoklah design dia.. 
tiba-tiba teringat pulak dekat LADY GAGA.hahaha.ramma ramamaa...

OKAY NEXT

HOLLA! eh ini bukan shoes untuk football ke? hahaha. smart giler beb design dia.. sara rasa orang lelaki pun nak pakai macam ni lepas ni kan.oppss! suka jugak yang ni. gojes nyah! 
ini kasut bawak kat padang bola,then tendang bola confirm menanglah korang! haha.

YEAH! and the last one is,



TARAAA! sara suka yang ni sebab brand dia.. LV or LOUIS VUITTON
serius suka brand je.design? haha NO!! 

so, as a conclusion mana satu yang korang suka?haha design ni semua cantik2.awesome! sara suka sangat heels..makin tinggi,makin suka.haha..sara takde r pendek sangat.only 159 je! 
ohh kira pendek erk?ok malu =,=
haha okaylah cukup untuk entries hari ini.SELAMAT MENIDURKAN DIRI ANDA..
tatatatatata...



Sunday, January 15, 2012

Polka Dot datang kembali

macam-macam fesyen zaman sekarang ni kan..dari tahun 2011 lepas sara rasa nak post tajuk ni kat blog..tp tak ada masa yang mencukupi..ok berbalik pada tajuk di atas semula..sara tengok ramai orang yang memakai pakaian yang bercorak yg dipanggil 'POLKA DOT'..


kalau tak silap sara,corak ni wujud sejak zaman dulu2..tapi zaman sekarang orang mempelbagaikan reka bentuk pakaian yang bercorak seperti di atas.

apa yang sara nak cerita ni mengenai diri sara..minggu lepas sara ada keluar dengan family ke melaka..then lalu la dekat 1 pekan tu..sara tertarik dengan 1 baju tu..bercorak POLKA DOT..tapi apa yang sara terkejut,harga dia teramatlah murah..haha..tak sampai RM2*..sara tengok je baju tu..sara rasa mutu kain tersebut..kain tu biasa je..ada yang sedap dipakai ada yang keras! then,sara suruh mak tengok..'mak,cuba tengok ni.polka dot la..english cotton.' mak said'ko nak buat apa?nak beli ke?kain dia lain la..nanti kalau ko beli,abah kata apa pulak.mesti abah kata,'kenapa la beli baju macam ni.nak beli yang mahal la sikit..'..

ermm sara pun sebenanarnya tak nak beli pun la..bukan berlagak ke apa.tapi bak kata abah kalau nak beli sesuatu benda tu,beli la yang mahal terus..biar tahan..

masa Disember 2011 sara jalan-jalan la dengan family sister kat area KL...then,sara ada nampak baju corak tu..sara tengok je..price dia mencecah RM3**..haaa..tapi mutu dia memang terbaiklah..sara nak beli?memang tak lah..daripada sara beli yang tu lebih baik sara beli pakaian yang  lagi baik..lagipun duit kat purse ni dah banyak habis..jimat je lah..terpaksa..

then sara stop kat Kenny Rogers Roasters Aquaria KLCC..lapar..makanlah dulu.time ambil menu card.tiba-tiba sara terpandang dekat sorang girl ni..sara bukan pandang dia! tapi pandang kasut dia! wow! great!...sara tak sempat ambil gambarlah..hehe..yang sempat sara cari,bendalah di bawah ni.hehe




cantik kan??menarik sungguh..sara nak beli la shoes macam ni..tapi..member kata gila..haha..oklah sara rasa..sara saluted la kat orang yang  reka ni semua..

Monday, December 12, 2011

Berangan je..haha

Ada yang tanya aku,lelaki mcm mana yang jadi idaman aku..hehe..nak tahu ke?oklah aku bagitahu k..

1st yang mesti wajib ade:

  • Beriman = tak langgar hukum hakam agama,jaga solat,jaga adab..

Then,org tu mesti:

  • hormat family
  • bijak
  • stylelist
  • jujur
  • setia
  • sopan
  • dengar cakap aku..hehe
  • tak suka bergaduh
  • ada masa depan
  • family baik-baik
  • tak sosial sangat
  • tak pendiam
  • muka yang manis(sedap mata memandang lah orang kata)
  • tak control aku sangat..
  • memahami
  • prihatin
  • 'romantik'(mesti ade!)
  • sejuk mata orang pandang
  • baik
  • kemas
  • boleh jaga aku
  • suka buat aku happy
  • pandai 'memujuk'
  • tak suka marah-marah
  • rela mengalah
  • gila-gila macam aku
  • sekepala
  • lembut bila bercakap


lagi aku tak ingatlah apa yang tertinggal..
kalau korang ada ciri-ciri ni bagi tahu aku...
kalau tak ada terutama ciri-ciri yang utama tu sorry to say la ye..
hehe..

Thursday, December 8, 2011

followers

sorry korang,followers blog ni sy hide kan jap..ade prob sket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SHOUTBOX CODE
Cute Polka Dotted Grey Bow Tie Ribbon

Click Here

Ala..tak suka ke blog ni? takpelah kalau tak suka tekan kat sini yea? oklah..huhu~